Curtain murah, carpet murah, poster lagi murahhhh!


Hehehe. Murah is the keyword. Nak cantik tu dah semestinya, tapi nak yang murah :P Tema rumah aqua mint white. Haaa kau. Pastu ada brown sikit2. But overall macam white lah kot. Ada jugak yang tanya, tak takut Haris Bersaudara kotorkan ker? Mestilah takut, tapi kalau ikut observation dia orang ni bukan jenis suka tumpah-tumpah makanan or air ke apa, sebab time makan still within control. Yang payah nak control Aiman ni bila tang suis and electrical items. Dia suka main tekan on off. -_____-" Bab panjat memanjat, sepah rumah, still within control. Maksudnya, at times dia buat jugak perangai sepah rumah but not everyday. So kita orang pun yakin diri nak mencantikkan rumah jugak, dengan harapan kids will learn to take good care of their new home. Harap lah. Hahaha. 

Ok back to carpet murah curtain murah, hari tu dah survey dekat Jalan TAR, tapi tak ado yang Mak Enchek berkenan. Pak Enchek tak apa, dia ikut saja sebab kaki dia tak larat nak pusing dah, haha. Curtain yang ado semua pesen lip lap lip lap berkilat. Tau la nak Deepavali pun kan. Curtain je dah bercahaya semacam. Masuk Sara Hughes, masuk Jakel semua tak berkenan. Entahlah, sebab I cari yang curtain simple-simple, bukan bunga-bunga. Bunga I no like. :P 

Carpet pun survey jugak, tapi maheyyy nya ya ampun. Kita nak bubuh carpet buat syarat jer, rumah takdak carpet kat living hall macam tak hensem pulak. Unless lantai marble. Curtain tak kena selera, carpet pulak mahal berdengung, so KIV lah. Carpet pun pesen bunga-bunga I no like. Haha. 

Sampailah semalam, pusing masuk IKEA. Cerita asal nak order Billy tv rack yang siap book shelves kiri kanan tu, tapi biasalah, plan memang selalu tersasar je kan. We ended up buying carpet and tempah curtains from IKEA. Dirt cheap! Tak boleh tolak. Haha. Yang paling penting, design menepati selera tuan rumah. Tak pernah pulak survey curtains ikea sebab ingat mahal, sekali murah la jugak. Kain ada pilihan yang RM15.90 - RM25.90 per meter, which quality ok, design kita suka. Tempah jahit by panel. Kita orang memang pesen tok nenek dahulu kala, suka French pleat, so they charged RM9 per panel. Murah ler. Total buat curtains untuk sliding door besar gedabak I tell yewww, L shape windows master bedroom and 2 other windows adalah RM620. Hari tu bajet sliding door tempah je dah RM500. Ini dapat satu rumah, camno nak reject? Kena lah buat jugak kan, hehehe...Ready made pun mahal lagi. 

Carpet paling ohsemmmm. Carpet ni ada la jugak dok tengok, ala-ala berkenan tapi original price RM599. So we KIV dulu until barang lain settle, tengok balance bajet ada tak, kalau ada baru beli. Haha. Tapi semalam, IKEA member's price RM249! Eyes popping jaw dropping omputih kata. Terus amikkkkk. 

: : Budak ni, oranh dah half way angkut barang, dia dah tersengguk dalam trolley. So jadi lah macam ni. Stroller tak bawak, nak keluar sewa dekat Ikano nun jauh nak jalan. Tapi Ayah lapik tilam bawah tu baik punya haha : :

So conclusionnya, dah dapat barang yang cantik di mata kami, murah di poket untuk menanggung. Kehkehkeh. Atau pun, I memang dilahirkan untuk selalu jumpa benda-benda murah, super-gangnam-deals like this. :P Tu belum tengok Kown pakso orang Cavenzi custom kan 3 seats sofa, dengan design modern segala, tapi nak RM1000 sahaja. Kedai apek Desa Jaya kusyen gonjeng tu pun tak mau custom kan RM1000 je okeh. Haha. Skill paksa harga macam tu, I belum master lagi. Mungkin Kown business, he knows better on how business people mark their price kot. :P I pesen tak sampai hati, orang letak RM1110, mintak diskaun RM1100. Diskaun seploh hengget. Memang berapi je Mat Kown kalau tengok bargaining skill macam ni. Hhaha.


Last but not least. Hand painted posters, by Tuan Tanah. Biaselah, bajet tadak nak beli posters yang jual beribu ringgit di pasaran. Alerrr, yang dok jual kat The Curve tu pun, pesen conteng sana conteng sini, tapi frame elok-elok, dia jual. Bila tanya awat mahai, dia jawab "Seniiiii". So kalau korang tengok poster aku ni senget-senget sikit, tak payah tanya kenapa, sebab itu memang SENI. Haha.
ShilaShower
6 Comments

6 comments:

  1. hahaha i loikee..ko sama macam aku, cari yang budget tapi nak cantik di mata memandang sajork..dulu pon aku beli kabinet TV & console table dalam RM1100 sajork, style macam tu r, cakap nak within budget sajork kalau tak, babai..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.sis..hehe..last week sampai lebam baca blog sis...tapi hari nie baru nak follow..seronok baca =) lagi suka bila update pasal anak and rumah barun

    ReplyDelete
  3. waaa..sgt best klau nkpindah rumah...msti mcm2 nkbeli, syok tgk u shopping2...

    bab yg ur boys suke main plug tu, sebijik cam my lil' boy..dulu my dotter xde cmtu, mmg klau boy cmtu kot...sgt geram+kesian klau kne marah sbb org tgh tgk tv, cepat2 die pg off&cabutkan plug...

    ReplyDelete
  4. sukanya...nti dh siap gantung curtain , share gambar k.

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail